PROJEK PENERBITAN TAFSIR AL TIBYAN

Pengenalan Projek

Projek Tafsir al-Tibyan adalah suatu usaha yang dirintis bagi menyempurnakan pembukuan sebuah tafsir 30 Juzuk al-Quran yang pertama oleh ulama’ Melayu kontemporari, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.   

Tafsir ini digarap daripada pengajian tafsir semasa Kuliah Dhuha hari Jumaat di Masjid Rusila, Marang semenjak tahun 1976. Beliau telah berjaya mengkhatamkan pengajian tafsir sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun.

Oleh yang demikian, satu projek penghasilan Tafsir al-Tibyan secara lengkap 30 Juzuk telah digerakkan bermula pada April 2023 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Objektif

1

Menerbitkan sebuah koleksi penulisan lengkap Tafsir al-Tibyan sebanyak 30 juzuk yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat awam di seluruh negara.

2

Memudahkan pemprosesan bahan-bahan berkaitan pengajian tafsir al-Quran bermula pada tahun 1976 sehingga kini.

3

Merangka suatu piawaian dan kualiti sebuah kitab tafsir al-Quran yang mempunyai nilai kontemporari dan berasaskan konsep wasatiyyah dalam Islam.

4

Mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa utama perkembangan ilmu Islam dalam negara.

5

Menginfaqkan dan menyebarkan koleksi lengkap penulisan tafsir 30 Juzuk kepada institusi agama dan seumpama dengannya di seluruh negara.

Keunikan Tafsir Al - Tibyan

Huraian tafsir yang disertakan dengan nas sokongan al-Quran & Hadith serta pandangan para ulama’ silam dan kontemporari

Digarap daripada pengajian tafsir di Masjid Rusila, Marang bermula pada tahun 1976 sehingga kini.

Sebuah kitab tafsir ulama’ kontemporari Malaysia yang pertama yang melengkapi 30 juzuk al- Quran.

Kitab tafsir ulung yang berbahasa Melayu sepenuhnya dan mudah difahami.

Disemak oleh barisan ahli akademik dan panel yang berkepakaran.

FASA PENGHASILAN TAFSIR AL-TIBYAN

Fasa 1: Penyusunan Manuskrip

Pengumpulan bahan, penyusunan metodologi dan penyusunan manuskrip

Fasa 2: Suntingan

Penyediaan draf,penyuntingan bahasa dan semakan syariah

Fasa 3: Reka Letak Buku

Mereka bentuk grafik buku dan semakan bacaan pruf

SELESAI

Fasa 5: Penerbitan

Proses daftar terbit dan percetakan

Fasa 4: Penilaian & Pengesahan

Penilaian penulis dan pengesahan pihak berautoriti

KOS PROJEK

Pengurusan

Elaun & Saguhati

Perkampungan & Bengkel

Pembelian dan pemprosesan bahan arkib

library-line

Pembelian bahan rujukan

Semakan (JAKIM/KDN)

Media & Pemasaran

Percetakan

KOS KESELURUHAN = RM 2,000,000

GURU-GURU TAFSIR PENGARANG

SYEIKH YASIN AL-FADANI
  • Seorang alim Melayu yang lama bermukim di Makkah
  • Orang Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu
  • Mendapat ijazah tafsir bersanad daripada Syeikh Yasin al-Fadani
SYEIKH MUHAMMAD AL-AMIN AL-SHINQITI
  • Seorang ulama’ dari Mauritania
  • Tinggal di Makkah dan Madinah al-Munawwarah
  • Menghafal kitab-kitab mengikut tradisi ilmu di Mauritania
  • Kitab beliau Adwa’ al-Bayan fi Idah al-Quran bi al-Quran mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan ayat-ayat al-Quran yang lain
SYEIKH ABU BAKAR JABIR AL-JAZA'IRI
  • Seorang alim dari Nigeria
  • Mengajar di Masjid al-Nabawi
  • Mengajar kitab Fath al-Qadir

SIRI TERBITAN

Berikut merupakan senarai siri utama yang telah diterbitkan oleh Yayasan Permata Ummah: