Dialog Ulama’ Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Massa

Yayasan Permata Ummah telah menjayakan majlis Dialog UlamaNegarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini yang telah berlangsung pada 28 Februari 2023

Majlis ini telah disempurnakan oleh Penaung Yayasan Permata Ummah iaitu Tan Sri DatoSeri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Buku Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang Dalam Sosiopolitik Malaysia dan Antarabangsa juga telah dilancarkan dalam program ini. Para penulis buku tersebut yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan profesor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia turut hadir menjayakan program ini.

Program ini juga diserikan dengan kehadiran ramai ilmuan serta pempengaruh media sosial yang ingin mendengar bait-bait ucapan dan juga turut serta bertanyakan soalan kepada Tan Sri DatoSeri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Terima kasih diucapkan buat para hadirin yang telah meluangkan masa bersama program anjuran Yayasan Permata Ummah. Semoga Allah memberkati semua yang telah memberikan sumbangan ini.

Yayasan Permata Ummah komited untuk memastikan legasi ilmu tokoh ulamadan umara melalui kajian dan penerbitan terhadap ilmu dan pemikiran tokoh dalam dan luar negara bagi manfaat buat seluruh lapisan masyarakat.

 

Mudah-mudahan gagasan ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya untuk kebaikan buat semua, InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *